Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Alhamdulillah,
Tiada gambaran atau perkataan yang dapat mummy ucapkan selain daripada ucapan syukur-syukur & syukur kepada-Mu Ya Allah..
Mummy telah selamat melahirkan baby boy pada 15 Mei @ 12.08am @ Hospital Tampin Negeri 9..
 |
| Google Image |
Terima kasih kepada mereka yang sudi sms or hubungi mummy dengan ucapan ribuan tahniah di atas kelahiran bayi baru ini ke dunia..Mummy sangat menghargainya. Kepada yang tak sudi nak respond ucapkan tahniah ke, tumpang gembira ke.. Its ok, I understand :) Senyum tetap mummy berikan, apatah lagi melihat bayi mummy sihat di sisi.. Alhamdulillah,..Alhamdulillah :)
Ada ramai di kalangan sahabat yang tidak mengetahui mummy mengandung.. Bukan berahsia tetapi sekadar mengharapkan orang tahu dengan sendirinya.. Hahaha, dalam blog ini pun mummy pernah declare dulu bahawa mummy baru pregnant.. Tapi mungkin ramai yang tidak membacanya especially di bahagian komen :) .. Tak apalah, cerita sembilan bulan yang lalu..
Kepada yang sudi membaca - "Cerita di sebalik bersalin di Tampin"
Mummy tak nak cerita pasal baby dulu.. Mungkin akan ada post yang lain khas untuk baby mummy. Entry ni khas mengenai kisah mummy bersalin di Tampin. Masa bersalin, keadaan agak menyedihkan bila suami tidak berada di sisi dari awal.. Tapi, gembira kerana ramai yang sudi membantu sebenarnya!
Sebagai rekod, mummy punyer due date bersalin ialah pada June 4, 2012.. Tapi ditakdirkan Allah baby ni jadi baby Tampin, cepatlah dia keluar :)
Daddy suruh mummy ambil cuti bermula 14 Mei lagi,. Dia pun fikir serba tak kena coz mummy terpaksa menguruskan dua puteri ke sekolah dan kena kerja lagi. Dipendekkan cerita, bergaduh jugak la dengan daddy pasal cuti ni..Dalam hati mummy pulak "Mentang-mentanglah aku ni orang gomen, daddy suruh cuti sesuka hati, kerja banyak tau, dah la nak cuti 3 bulan, lagipun ingatkan senang ke bos nak bagi cuti awal sangat sedangkan due date lambat lagi"...Tapi mummy tak cakap ler kat daddy live gitu, kang maunyer bergaduh lagi besau.
Pada 14 Mei (Isnin), mummy pergi kerja macam biasa, tapi lebih lewat daripada biasa,. mummy bergerak jam 8.30pagi dari KL, sempat lagi pergi breakfast dengan daddy and kids kat mamak yang biasa kami pergi tu.. Tapi jangan ingat mummy ponteng ye kengkawan, malam Ahad tu mummy dah sms pengarah, maklumkan yang mummy bakal masuk kerja sedikit lambat esok (Isnin) kerana faktor tak larat (Biasanya mummy bertolak jam 5pagi). Rupanya ada makna mesej mummy tu :)
Ok, sampai di pejabat, buat kerja macam biasa, tak merasakan sesuatu yang luar biasa.. Ada staff tegur "Puan, lajunya berjalan..takut saya tengok, perlahan ler sikit puan"... Masa tu mummy tengah ronda kawasan, manalah nak makan angin.. laju jer jalannya..Kerja bertimbun lagi tak siap, paling penting senarai tugas yang bakal ditinggalkan untuk assistant mummy (Kamarul) nak menanggung kerja.. Targetnya, seminggu ni siap..rupa-rupanya......Akhirnya, baru dua hari lepas mummy emailkan Kamarul tugas yang perlu dia sambung..
Malam Isnin, 14 Mei 2012, 8.00pm..
Tiba2 mummy merasakan perut mummy mengeras, ups baby bergerak.. Sangkanya aksi stunt yang biasa permata hati mummy buat (walaupun dalam hati mummy ada sedikit perasaan lain)..So, keadaan dibiarkan sahaja. Perut yang lapar minta di isi.. Masak nasi jap, buat telur goreng (aka -telur goreng bodo), ngemas rumah....
8.30pm...
Ke dapur untuk ambil nasi,. Masa tengah buka periuk tu (belum sempat sudukkan nasi ke pinggan).. Mummy terasa (Pup..air ketuban pecah).Tak banyak, tapi cukup untuk basahkan kain mummy..
"Masyaallah, aku dah nak bersalin!"
Nasib baik mummy tak panik,.. First thing 1st, mummy called daddy (daddy terus gerak, dari workplace ke rumah kami untuk tukar motor)..
Kedua, mummy call my staff, Ustazah,. Tanya ustazah boleh jaga kids tak? Ustazah kata Ok, tapi tak ada orang boleh gi amik kids coz anaknya tak ada di rumah.. Call pulak Norza (My staff oso). Minta dia hantar puteri(s) ke rumah ustazah.. Norza said OK...
Last sekali call Sarjan Omar untuk hantarkan mummy ke hospital, sarjan pun cakap OK.. Jam 9 mlm, mummy dah berada di Hospital,.....And went for check up, this-that. Norza came back and temankan mummy dalam wad.. Thanks Norza, rasa lega sangat masa Norza gosok belakang dan baca doa untuk mummy tu,. Masih terbayang dan terasa,. Sungguh!
9.40pm, contraction makin kuat terasa.. Masanya telah hampir tiba.. Menahan kesakitan untuk melahirkan hamba Allah yang comel di sebelah mummy (sekarang ni).. Dalam jam 10.15pm, mummy dah dimasukkan ke Labour Room(LR)..
"Where is my husband?",.. Mummy tanya semua orang yang ada di sekeliling masa tu. Tanya Norza, tanya nurse,. Hakikatnya, mummy tahu daddy belum sampai dan masih berada di atas motor ketika itu..Masuk kat LR, menahan kesakitan dan it was almost 11 pm.. Suddenlly daddy masuk jenguk mummy di LR..Alhamdulillah, mummy tak bersalin lagi..Nurse bagi masa untuk daddy sekejap sahaja kerana mereka masih lagi membuat persiapan peralatan untuk kelahiran.. Daddy disuruh keluar :( How sad!!!!!!!
Ok, masa terus berjalan, dan mummy menjerit panggil nurse,. Rasanya macam dah nak bersalin sangat..Nurse checked jalan, Hmm,. dah bukak 7cm,.. dok kejap lagi checked,hmm, dah bukak 8cm..jam 11.30pm -"Panggil suami dia masuk"... Alhamdulillah, barulah ada kekuatan mummy untuk meneruskan perjuangan.. Thanks to daddy yang memberi semangat semasa mummy sedang mananggung kesakitan untuk melahirkan bayi kita "Thanks so much sayang"..huhuhu, terharu sangat dan daddy sangat gentleman on that, very cool person!
"Sikit lagi sayang,.. Ikut arahan nurse..sikit lagi.. Ok, dah nampak rambut,. Baby kita dah nak keluar,. Dah nampak rambut, Ok push, sikit lagi..Sikit lagi..sikit lagi" dan Alhamdulillah keluarlah baby UMAR pada jam 12.08pagi @15 May 2012. Baby Umar ada kat sebelah mummy sekarang ni..."Cuppp cupp, i love u my bb boy"...
Arghh, Alhamdulillah, si kecil dah melihat bumi. Mummy lega bermakna kesakitan telah hilang.. Daddy terkejut kerana dapat bb boy, masa kami scan di usia kandungan 6 bulan, doktor mengesahkan bahawa bayi kami adalah perempuan.. Tapi mummy pulak, tak merasakan bahawa bayi kami perempuan,. dan tidak juga merasakan bayi kami lelaki.. Dengan erti kata lain, mummy hanya berserah kepada Allah.. Mungkin naluri ibu yang Allah kurniakan..
Cerita selepas bersalin,. Nak dijadikan cerita, Uri mummy lekat for almost 1 hour.. Hanya Tuhan yang tahu... pengalaman lekat uri ni macamana.. Kena korek, buat macam tu tak keluar, buat macam ni tak keluar.. Subhanallah, sakitnya!!! Luka (bekas torehan bersalin) dah membengkak kerana lama terdedah.. OMG, sakittttttttnye......Masa nak jahit tu, boleh menjerit hilang sabar jugak la..Tapi Alhamdulillah, selepas 2 jam berada di LR selepas bersalin, mummy dimasukkan ke dalam wad. Alhamdulillah, semuanya selamat.. Pagi esoknya, mummy mengkhabarkan kepada semua rakan dan taulan perkhabaran gembira ini. Sekali lagi terima kasih kepada mereka yang turut mendoakan keselamatan mummy dan yang turut membantu bermula daripada mummy mula mengandung hinggalah mummy bersalin. Walaubagaimanapun, mungkin ada juga yang tak nak ambil kisah pun dengan semua ni. Tak apalah, mummy tetap bersyukur dan gembira..
Today (May 24th) is my Birthday.. Ini adalah hadiah yang tidak ternilai yang mummy dapat di usia mummy 31 tahun. Terima kasih Allah!